Puluhan
tahun yang lalu, sistem pendidikan adalah berpusatkan guru dan tidak mengikuti
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sebenar. Namun, kemajuan teknologi
telah membawa suatu anjakan paradigma dalam sistem pendidikan yang mana
multimedia, Internet, dan teknologi maklumat telah mula diimplementasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Selain itu, persekitaran
pembelajaran yang tidak terdapat di dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
tradisional dapat diwujudkan menerusi komputer. Laporan penyelidikan ini
membincangkan betapa signifikannya dan bermanfaatnya makmal maya dalam
pendidikan selain menunjukkan aplikasinya dalam pembelajaran. Di samping itu,
satu laman web yang merupakan tugasan penting dalam penyelidikan ini telah dibangunkan bagi kegunaan para pelajar meneroka
lebih jauh hal-hal berkaitan dengan makmal maya. Dalam laman web tersebut,
pautan-pautan makmal maya dan perisian pembangunan makmal maya telah disediakan.
Sepanjang menyiapkan laporan penyelidikan ini, kami telah membuat perjumpaan
bersama mentor, carian laman-laman web yang menyediakan kemudahan makmal maya
dalam pembelajaran, melayari internet, membaca jurnal, dan berbincang dalam
kumpulan tentang elemen laporan. Kesimpulannya, makmal maya mampu menyediakan
satu persekitaran pembelajaran yang berkualiti, efektif, dan kondusif dalam menyampaikan
konsep ilmu kepada para pelajar.
No comments:
Post a Comment