Saturday, 29 September 2012

PEMAHAMAN LITERAL DAN KONSEPTUAL


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat “ makmal ” bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yangg berhubung dengan ilmu sains seperti kimia, fizik dan biologi. “ Maya ” secara literalnya bererti ada pada penglihatan tetapi sebenarnya tidak ada. Kata seerti bagi maya ialah bayangan atau khayalan. Perkataan maya juga oleh ditakrifkan sebagai perkara yang berkaitan dengan komputer, Internet atau teknologi maklumat.

Secara konseptualnya, “ Makmal Maya ” boleh ditakrifkan sebagai instrumen teknologi yang membolehkan simulasi makmal atau peralatan makmal dijalankan menggunakan komputer. Oleh hal yang demikian, para pelajar akan berinteraksi dengan radas-radas eksperimen atau mengendalikan eksperimen pada komputer. Dalam erti kata lain, makmal maya ialah sebuah makmal yang memerlukan pelajar mengawal radas melalui teknologi komputer.

No comments:

Post a Comment