Pada
awal abad ke-17, Francis Bacon telah mula menakrifkan metodologi saintifik. Kelas
sains sekolah menengah pula telah mula mengimplementasikan makmal sains pada
pertengahan abad ke-19. Pada awal abad ke-20, para pendidik yang terkemuka
telah mencadangkan bahawa makmal sains digunakan untuk membangunkan budaya
berfikir secara saintifik dalam kalangan pelajar muda. Sehingga awal abad ke-21,
pendidik masih berusaha untuk mencapai matlamat ini. Namun, versi "makmal
maya" yang ada tidak mampu melahirkan amalan pemikiran saintifik. Oleh
itu, satu pendekatan yang baru perlu diperkenalkan dengan menggunakan teknologi
seoptima mungkin, yang mana membolehkan eksperimen sebenar dijalankan
menggunakan komputer seterusnya menyediakan peluang kepada pelajar untuk
berfikir seperti saintis.
Menurut
Handlesman, penglibatan pelajar berumur 12 tahun dalam proses saintifik adalah
penting untuk reformasi pendidikan sains bagi sesebuah negara. Namun, guru-guru
di semua peringkat telah gagal untuk menyediakan pelajar dengan pengalaman
makmal yang benar-benar menggabungkan metodologi saintifik. Justeru, teknologi
memainkan peranan penting dalam memajukan pengajaran sains. Oleh hal yang
demikian, laporan penyelidikan ini memperkenalkan satu pendekatan berasaskan teknologi
bagi menerapkan proses saintifik dalam pembelajaran.
No comments:
Post a Comment